PENGUMUMAN PENTING
Sistem akan kemaskini status bayaran dalam tempoh 24 jam. Jika status permohonan masih Draf selepas 24 jam, sila laporkan kepada pihak heldpesk bersama resit FPX bayaran. Pastikan bayaran hanya dibuat sekali sahaja.
Sekian, harap maklum.
TEMPOH PENGELUARAN LESEN/ PERMIT RACUN
Semua permohonan yang lengkap (termasuk laporan pemeriksaan memuaskan) akan diproses dan dinilai dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. Pemohon akan dimaklumkan mengenai status keputusan permohonan lesen melalui emel.
PENGUMUMAN PENTING : STATUS PERMOHONAN LESEN/PERMIT YANG TIDAK LENGKAP
i) Sila ambil perhatian bahawa semua permohonan lesen/permit yang berstatus Tidak Lengkap perlu diambil tindakan segera oleh pemohon dan dihantar semula.
ii) Semua permohonan lesen/permit yang berstatus Tidak Lengkap dan tiada maklum balas diterima daripada pemohon melebihi tempoh 60 hari akan ditolak. Bayaran fi bagi permohonan yang telah ditolak tidak akan dikembalikan.
iii) Permohonan yang telah ditolak perlu membuat permohonan semula dengan bayaran fi yang baru dan perlu memastikan permohonan adalah lengkap serta penambahbaikan telah dilaksanakan oleh pemohon.
Terima kasih.
PENGUMUMAN TERKINI: 15/9/2023
PENJUALAN RACUN DALAM MAKANAN HAIWAN DI BAWAH AKTA RACUN 1952
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima pandangan dan saranan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berkaitan racun yang dibenar untuk dicampur dalam makanan haiwan sebagai penggalak tumbesaran atau untuk tujuan pencegahan (prophylaxis) selaras dengan senarai ‘phasing out plan antimicrobial’ oleh pihak DVS bagi lesen di bawah Akta Racun 1952 berkuatkuasa 2024. Sila baca lanjut di pautan ini (https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/07-sep-2023/pengumuman-penting-penjualan-racun-dicampur-dalam-makanan-haiwan-penjualan-makanan-haiwan.html).
PENGUMUMAN PENTING: PEMBAHARUAN LESEN/ PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 BAGI TAHUN 2024
Salam Tuan/Puan,
Permohonan pembaharuan dalam sistem My.Pharma-C bagi semua lesen di bawah Akta Racun 1952 dan Permit Membeli dan Mengguna Natrium Hidroksida (NaOH) akan dibuka pada 1 Oktober 2023 sehingga 31 Disember 2023. Permohonan pembaharuan bagi lesen/permit berkuatkuasa 2024 hendaklah dihantar dalam tempoh yang ditetapkan dan pemohon hendaklah memastikan permohonan adalah lengkap. Segala dokumen sokongan terkini dan sah mesti dimuat naik ke dalam sistem bagi melengkapkan permohonan.
Untuk keterangan lanjut permohonan pembaharuan lesen/ permit di bawah Akta Racun 1952 menggunakan menu pembaharuan lesen dalam sistem My.Pharma-C, sila klik pautan ini (https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/30-sep-2022/pengumuman-penting-pembaharuan-lesen-permit-bawah-akta-racun-1952-tahun-2024.html)
Sekian, terima kasih.
PENGUMUMAN KEPADA AHLI FARMASI BERDAFTAR YANG MEMOHON LESEN JENIS A
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM telah menyediakan Soalan-Soalan Lazim (FAQ) berkaitan aktiviti pelesenan selaras dengan penguatkuasaan Akta Racun (Pindaan) 2022 di laman sesawang Program Perkhidmatan Farmasi di www.pharmacy.gov.my (Perkhidmatan > Perihal Perkhidmatan > Soalan Lazim > Pelesenan) untuk rujukan kepada ahli farmasi berlesen dan ahli farmasi berdaftar. Oleh itu, pihak tuan/ puan boleh merujuk kepada FAQ tersebut.